DUTI SETEM? APA TU?

Duti setem ini sebenarnya adalah sejenis cukai yang dikenakan kepada semua pembeli hartanah yang ingin membeli sebarang jenis hartanah di Malaysia.

Bila sebut saja cukai, maka secara automatiknya kita akan tahu bahawa duit yang kita bayar sebagai duti setem ini akan disalurkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan bukannya masuk ke poket ejen hartanah, peguam ataupun pemaju.

Jadi tidak kiralah samada anda warganegara atau bukan warganegara (termasuk Orang Asli), anda akan tetap dikenakan duti setem untuk sebarang jenis pembelian hartanah.

Oleh itu pastikan sebelum membuat pembelian hartanah, anda telah memasukkan kos duti setem ke dalam perkiraan anda di samping kos-kos lain yang diperlukan seperti kos guaman, deposit dan insurans/takaful.

Sebenarnya ramai yang tidak tahu, ada 2 jenis duti setem yang perlu dibayar semasa membeli hartanah.

Duti setem yang pertama adalah duti setem yang perlu dibayar untuk urusan pindahmilik rumah, manakala duti setem yang kedua pula dibayar untuk pinjaman atau pembiayaan yang anda dapatkan daripada bank. Sekiranya anda merupakan seorang pembeli tunai, maka selamatlah daripada perlu membayar duti setem yang kedua ini.

Ramai juga orang yang bertanya, ada ke cara untuk elakkan daripada membayar duti setem ini? Jawapannya tak ada. Siapa pun anda, pasti tetap perlu bayar duti setem ini.

Namun begitu, jangan risau. Sekiranya anda adalah bakal pembeli rumah pertama, anda diberikan kelebihan oleh kerajaan untuk mendapatkan pengecualian duti setem tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.

Macamana nak tahu samada pembelian hartanah anda itu dikenakan duti setem atau tidak? Jemput baca terma dan syarat-syarat di bawah ini bagi duti setem pindahmilik:
.
.

PEMBELIAN HARTANAH PRIMER (UNDERCON)

Pengecualian duti setem pindahmilik dan loan bagi hartanah berharga sehingga RM300k bagi tempoh 1.1.2019 – 31.12.2020

Pengecualian duti setem pindahmilik bagi hartanah berharga melebihi 300k sehingga 1,000,000.bagi tempoh 1.1.2019 – 30.6.2019

PEMBELIAN HARTANAH SEKUNDER (SUBSALE)

Bagi hartanah berharga 300k ke bawah SAHAJA – pengecualian 100% duti setem pindahmilik & duti setem pembiayaan/pinjaman.
– untuk Perjanjian Jual Beli bertarikh 1.1.2019 – 31.12.2020

 Bagi hartanah berharga 301k – 500k
– TIADA PENGECUALIAN DUTI SETEM jika Perjanjian Jual Beli tersebut bertarikh 1.1.2019 – 30.6.2019

 Bagi pembelian hartanah berharga 301k – 500k bertarikh 1.7.2019 – 31.12.2020
– PENGECUALIAN DUTI SETEM diberikan utk 300k pertama sahaja
.
.

Jadi sekarang anda dah tahu syarat-syarat pembayaran duti setem bagi pindahmilik hartanah. Jangan lupa untuk buat kiraan dan masukkan kos duti setem dalam bajet pembelian hartanah anda.