APAKAH ITU “QUIT RENT”?

Tidak ramai orang yang tahu asal-usul dan maksud istilah “quit rent” yang biasa kita dengar.

Ceritanya begini:

Pada zaman feudal Eropah, raja-raja dan golongan bangsawan akan mengambil alih tanah-tanah di bawah jajahan mereka dan penduduk-penduduk yang mendiami tanah-tanah tersebut dibenarkan untuk mengusahakannya dengan syarat hasil pertanian daripada tanah-tanah tersebut perlu dibahagikan dengan raja-raja/golongan bangsawan tersebut sebagai satu bentuk cukai.

Bukan sahaja mereka (penduduk-penduduk) ini perlu membayar cukai hasil pertanian itu, mereka juga berhutang kesetiaan dengan golongan feudal ini sehingga ke peringkat mereka diwajibkan untuk turun berperang bagi pihak tuan tanah yang sedang berbalah dengan golongan feudal yang lain.

Ianya merupakan satu bentuk perhambaan di Eropah pada zaman itu.

Namun begitu, penduduk-penduduk ini dibenarkan untuk “quit” (membebaskan diri dan tanah mereka) daripada penguasaan tuan-tuan mereka dengan syarat mereka perlu membayar sejumlah wang yang nilainya sangat besar. Wang ini lah yang dipanggil “quit rent”.

Tetapi disebabkan oleh faktor kemiskinan yang disebabkan cukai yang tinggi, jarang ada penduduk-penduduk yang berkemampuan untuk menjelaskan “quit rent” ini. Maka kekallah mereka berada di bawah kekuasaan golongan bangsawan ini sepanjang hayat.

Pada hari ini, amalan sebegini sudah tidak wujud lagi. Istilah “quit rent” yang digunapakai pada masa sekarang adalah merujuk kepada bayaran “cukai pintu” yang dikenakan oleh kerajaan (negeri) kepada semua pemilik hartanah.

Kalau tak bayar cukai tanah ini, selepas satu peringkat tertentu barulah hartanah itu akan dirampas oleh kerajaan.

Kesimpulannya, “quit rent” itu dalam bahasa Melayunya kita sebut sebagai “cukai tanah”. Kalau zaman Eropah silam, “quit rent” dibayar untuk membebaskan diri dan tanah daripada penjajahan golongan raja dan bangsawan, hari ini “quit rent” dibayar sebagai cukai pemilikan harta (hartanah) kepada kerajaan.